Bismillahirahmanirahim....
Tahukah anda bahawa buah delima mempunyai khasiat yang jarang
diketahui oleh kebanyakan orang? Ia adalah buah syurga dan diberitakan di dalam
Al-Quran sebanyak 3 kali. Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000
tahun dahulu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).
MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima
akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan
kolestrol yang buruk.
DELIMA MEMPUNYAI TAHAP
ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.
MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah
kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung.
Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu
menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki
kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang
tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan
pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga mencegah ketidaksuburan
dan kemandulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra', dapat
meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.
MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima
dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam
Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua
penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan
jantung atau penyakit hati.
MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan
merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing
manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian
atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus
delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya
menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”
MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas
jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat
pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan
juga kumpulan 0.
MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan
perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan
keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.
DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat
memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada.
Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian
delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula
mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.
MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada
masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan
antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor
dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan
serangan jantung dan strok.
MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi
yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar.
Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.
MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt
mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih
setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit
Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap
minggu.
MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini
merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan
pada pengidap asthma dan lelah.
MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari
mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan
vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. mencegah edema, dan mengurangi kadar gula
yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3
kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya
bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.
DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning
sickness'
menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan
fetusnya).
menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur
(kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya
menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik
MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung
dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu
pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor
mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub
saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada
lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika
mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang
mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik
seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai
tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat
mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada
waktu malam.
Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di
Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol
kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah
delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China
pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah,
keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.
Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang
terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati
oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang
termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An’am ayat 99 dan ayat 141.
Mengikut sejarah, buah delima secara tradisionalnya melambangkan
kesuburan. Buah delima telah ditanam di Mesir sebelum zaman Nabi Musa. Ia telah
ditemui di lembah Indus pada zaman awal dan terdapat perkataan Sanskrit untuk
delima.
HARGA: S/M- RM 15.00
S/S- RM 20.00
*harga tidak termasuk kos penghantaran
*penghantaran percuma untuk kawasan Petaling Jaya sahaja
*UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI
: CIK NOR 0122657487